0


Atap nipah merupakan sejenis atap yang terbuat dari daun nipah yang bisa didapatkan dipesisir sungai yang ada di Kabupaten Indragiri Hilir (Inhil).

Kediaman atap nipah bisa didapati dikampung-kampung di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, kalau perumahan masyarakat di Kabupaten Indragiri Hilir, Provinsi Riau masih banyak yang menggunakan atap nipah. Memakai atap nipah telah digunakan sebagai ilham untuk sistem bersifat rentas pengalihan udara dan menghasilkan suhu yang sejuk.

Pembuatan atap nipah terdiri dari "tulang" yang diperbuat dari buluh yang diraut ataupun kayu kecil, dan daun nipah dilipat membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pohon nipah sebagai mengikatnya. Setiap atap nipah biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan.

Seorang pembuat atap yang mahir mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi. Bagi menambahkan ketahanan daun nipah yang akan dijadikan atap, daun nipah perlu direndam di dalam air sungai selama sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu sebelum disusun untuk dijadikan atap.

Atap nipah yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi / "kelarai", sementara atap yang dibuat dari dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai / "mata ketam".

Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan dari pada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi. Penggunaan Atap nipah merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada binaan tradisional.

Atap ini agak cepat rusak dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti dengan cara disisip antara kepingan yang rosak.

Selain daun nipah, daun rumbia juga turut digunakan bagi menghasilkan atap rumbia. Pada era 1950 - 1970-an istilah atap nipah atau rumbia membawa erti orang miskin, yang dapat dilihat dalam buku berjudul "Atap Genting Atap Rumbia".

Kelebihan Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap seng/genting. Tetapi ia perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses.

Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakan kos penggantiannya. Bagi atap dari daun nipah yang direndam pula mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.

Next
This is the most recent post.
Previous
Posting Lama

Posting Komentar

 
Top